PeribahasaKuat akar kerana tunjang, kuat tunjang kerana akar.TakrifKelebihan seseorang itu kerana suka muafakat satu sama lain.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMalang celaka Raja Genggang, tuak terbeli tunjang hilang.TakrifNasib yang malang, waktu maksud yang kedua diperoleh, barang yang sudah di tangan pula hilang. (Peribahasa lain yang sama makna: Tuak terbeli, tunjang hilang). tuak = nira yang diberi beragi; tunjang = kaki.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaKayu yang berakar tunjang tak endahkan ribut.TakrifOrang yang banyak kawan tidak takut akan susah. (Peribahasa lain yang sama makna: Kayu yang banyak akarnya, tak takutkan ribut). tunjang = akar yang di atas tanah.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTuak terbeli, tunjang hilang.TakrifNasib yang malang, waktu maksud yang kedua diperoleh, barang yang sudah di tangan pula hilang. (Peribahasa lain yang sama makna: Malang celaka Raja Genggang, tuak terbeli tunjang hilang).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBertunjang kayu ara, bertunjang pula mali-mali.TakrifOrang miskin yang berkelakuan seperti orang kaya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Berkerbau seperempat ekor, berkandang sebagai orang, b. Bersawah seperempat piring, ke sawah sama dengan orang). mali-mali = sebangsa tumbuhan yang mempunyai tunjang juga.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
|
Puisi |
---|
|
Tetak belimbing condong ke dapur, Tetak tunjang dari dahan; Minta sirih dengannya kapur, Minta sekali dengan tuan-tuan.
Lihat selanjutnya... |
|