PeribahasaTunggul terbakar di tengah huma.TakrifRupa yang hitam.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTunggul kayu kalau ditarah pelicin, diikut juga, jangankan manusia.TakrifPengajaran yang baik lambat-laun dapat juga memperbaiki orang.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTunggul itu kalau dipakaikan, elok juga.TakrifPerempuan yang hodoh kalau dihiasi tentu akan cantik juga kelihatannya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBagai tunggul dihias.TakrifRupa yang buruk.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBerunding dengan tunggul (= tungkahan).TakrifMemberi nasihat kepada orang yang hanya diam saja.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTunggul kayu kalau ditarah pelicin; elok juga.TakrifPerempuan yang hodoh kalau dihiasi tentu akan cantik juga kelihatannya. (Peribahasa lain yang sama makna: Tunggul itu kalau dipakaikan, elok juga).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSeperti abu di atas tunggul, datang angin terbanglah dia.TakrifKedudukan atau pekerjaan yang tidak tetap, sewaktu-waktu dapat dipecat dan sebagainya. (Peribahasa lain yang sama makna: Langau di ekor kerbau, debu di atas tunggul).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaLangau di ekor kerbau, debu di atas tunggul.TakrifKedudukan atau pekerjaan yang tidak tetap. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Mengebat tidak erat, memancung tidak putus, b. Seperti abu di atas tunggul, datang angin terbanglah ia).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBagai mengatai tunggak (= tunggul).TakrifMemberi nasihat kepada seseorang yang tiada menjawab.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTidak berasak tunas dari tunggul.TakrifTidak berpindah-pindah, tetap di situ-situ juga.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
|
Puisi |
---|
|
Ambil parang galikan tunggul, Tunggul ada berikat tali; Matahari masuk bulan pun timbul, Cahaya bintang tak guna lagi.
Lihat selanjutnya... |
|