PeribahasaAku nampak olah (= olak), kelibatmu sudah kutahu.TakrifKerana tingkah laku, maksudnya ketahuan. olah = tingkah laku; kelibat = tabiat.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSebab budi boleh kedapatan.TakrifTingkah laku juga yang menyebabkan seseorang itu binasa.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSudah tampak kaki ular.TakrifTingkah laku seseorang yang jahat yang sudah mulai diketahui.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSumbang di mata, binasa hati.TakrifTingkah laku yang tiada baik menimbulkan anggapan yang jahat.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaKilat di dalam kilau, kabus di dalam hujan.TakrifDalam tutur kata atau tingkah laku tercantum maksud yang lain.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaPutih kapas boleh dilihat, putih hati berkeadaan.TakrifKejujuran seseorang hanya dapat dilihat pada tingkah laku atau perangainya saja.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaEngkau belum mencapai pengayuh, aku telah sampai seberang.TakrifTujuan telah lebih dulu diketahui hanya dengan melihat tingkah laku atau bicaranya saja.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMata kejam, bantal membuat ragam.TakrifPerempuan yang membuat kejahatan ketika suaminya lengah. (Peribahasa lain yang sama makna: Kepala rebah mata melayang, bantal bangkit main wayang). ragam = tingkah laku.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
|
|