PeribahasaAngus (hangus) tiada berapi, karam tiada berair.TakrifMenderita kesusahan kerana kematian atau kehilangan kekasih. (Peribahasa lain yang sama makna: Hanya tiada berapi, sejuk tiada berair).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaIbarat ayam: tiada mengais tiada makan.TakrifSangat miskin.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaHangat tiada berapi, sejuk tiada berair.TakrifOrang jahat, biarpun diberi kesenangan, namun kalau mendapat kesempatan akan diulangnya juga perbuatan jahatnya itu. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Anjing itu, meskipun dirantai dengan rantai emas, nescaya berulang-ulang juga ia ke tempat najis, b. Arang itu, jika dibasuh dengan air mawar sekalipun, tiada akan putih, c. Gagak dimandikan tujuh kali sehari pun, takkan putih bulunya).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSama juga kain basahan sehelai, timah sesuku, kalau tak timah pergi terasa mendapat.TakrifBenda yang tiada berharga tiada berapa diendahkan orang, kecuali oleh orang yang benar-benar berkehendakkan benda itu.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTiada terlerai kerbau berlaga dengan janjang.TakrifTidak dapat menceraikan orang yang sedang berkasih sayang.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTiada terjilat oleh anjing.TakrifPerbuatan yang sangat tercela.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTiada terempang peluru oleh lalang.TakrifKehendak orang yang berkuasa tidak tertahankan oleh orang yang lemah.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTiada terbuangkan tahi mata dengan empu kaki.TakrifAib sanak saudara kita tentu kita ikut memikulnya, takkan dapat dipikul oleh orang lain.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTiada terbawa sekam segantang.TakrifSangat lemah; tidak berdaya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTiada telap oleh asai.TakrifSihat dan kuat meskipun usianya telah lanjut. asai = binatang kecil yang memakan kayu.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
|
Puisi |
---|
|
Hendak makan pinang tiada, Pinang ada di atas meja; Ke sana tiada di sini tiada, Baru kutahu hatiku hampa.
Lihat selanjutnya... |
|