PeribahasaBagai anjing tersepit di pagar.TakrifMendapat kesusahan besar sehingga tak tentu tingkah lakunya, meminta pertolongan ke sana ke mari. (Peribahasa lain yang sama makna: Anjing terpanggang ekor).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMelepaskan anjing tersepit, sudah lepas dia menggigit.TakrifMenolong orang yang tiada tahu berterima kasih.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSeperti kerbau tersepit leher: dihela tanduk sudah panjang, dilalukan badan sudah besar.TakrifTerdorong melakukan sesuatu pekerjaan yang salah, tidak mungkin menarik diri lagi.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBak anjing tersepit.TakrifKetika menderita merendah diri meminta tolong, terlepas daripada kesusahan, meninggikan diri kembali. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Anjing terpanggang ekor, b. Bagai anjing tersepit di pagar).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaGajah berjuang sama gajah, pelanduk (= kancil) mati di tengah-tengah.TakrifKalau raja-raja berselisih, rakyat mendapat susah. (Peribahasa lain yang sama makna: Gajah bergajah-gajah, pelanduk mati tersepit). (Bandingkan dengan: Dua ekor gajah berjuang, seekor kancil mati tersepit di tengah).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaGajah bergajah-gajah, pelanduk mati tersepit.TakrifKalau raja-raja berselisih, rakyat mendapat susah.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTua-tua penyakit, muda ubat; sesudah tersepit baru tahu akan sifat.TakrifSesudah menderita kecelakaan, baru berikhtiar atau berunding hendak melepaskan diri daripada kecelakaan itu. (Peribahasa lain yang sama makna: Sudah kalah baru berkubu).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaDua ekor gajah berjuang, seekor kancil mati tersepit di tengah.TakrifOrang kecil yang mencampuri pergaduhan antara orang besar-besar akhirnya ia sendiri yang binasa.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaAnjing terpanggang ekor.TakrifMendapat kesusahan besar sehingga tak tentu tingkah lakunya, meminta pertolongan ke sana ke mari. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai anjing tersepit di pagar).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaGajah sama gajah berjuang, pelanduk mati di tengah-tengah.TakrifKalau raja-raja berselisih, rakyat mendapat susah. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Gajah bergajah-gajah, pelanduk mati tersepit, b. Gajah berjuang sama gajah, pelanduk [= kancil] mati di tengah-tengah).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |