PeribahasaTertimbun dikais, terbenam diselam.TakrifMenolong seseorang dalam kesusahan; memeriksa sesuatu dengan teliti.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaIntan itu jika terbenam di pelimbahan sekalipun, tiada akan hilang cahayanya.TakrifKebenaran akan ternyata juga, walapun disembunyikan; orang yang baik akan ketahuan juga walaupun hidupnya melarat.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaJejak selut kaki terbenam.TakrifBerbuat sesuatu barang yang tidak diketahui, akhirnya akan mengecewakan. selut = lumpur.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaHilang dicari, terapung direnangi, terbenam diselami.TakrifMemeriksa dengan teliti; menolong seorang dalam kesusahan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTerapung sama hanyut, terendam sama basah (= lulus sama terbenam).TakrifPersahabatan yang setia, sehidup semati.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaJika tak kena-kena membangkit balak terendam di lumpur, makin dalam ia terbenam.TakrifJika tak pandai menyuruh orang malas bekerja, maka makin rosaklah pekerjaan itu.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaLulus tidak berselam, hilang tidak bercari.TakrifOrang yang menderita sengsara, tetapi tidak ada yang mahu menolong. lulus = maksudnya terbenam dalam air.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |