PeribahasaZaman puntung berasap.TakrifZaman yang telah lalu; sudah lama sekali. (Peribahasa lain yang sama makna: Zaman Tuk Nadur berkajang kain).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMenggungkan gung pesuk.TakrifMembanggakan kekayaan yang telah lalu.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaZaman Tuk Nadur berkajang kain.TakrifZaman yang telah lalu; sudah lama sekali.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaDi waktu garuda alah oleh ular.TakrifKiasan kepada waktu yang telah lalu; zaman dulu kala.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaLalu penjahit, lalu kelindan.TakrifApabila usaha yang pertama telah berhasil, maka usaha yang berikutnya pun akan tercapai juga. (Peribahasa lain yang sama makna: Lulus [= lalu] jarum, lulus [= lalu] kelindan).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaLulus (= lalu) jarum, lulus (= lalu) kelindan.TakrifApabila usaha yang pertama telah berhasil, maka usaha yang berikutnya pun akan tercapai juga. (Peribahasa lain yang sama makna: Lalu penjahit, lalu kelindan). lulus = masukSumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMuafakat lalu di dalam gelap, adat lalu di tengah terang.TakrifSeia-sekata melakukan pekerjaan yang berat-berat dan patuh pada peraturan-peraturan yang telah ditentukan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSekali perahu lalu, sekali kiambang berkuak.TakrifDua pihak yang berselisih akan berbaik kembali bila pengacum telah tersingkir. (Peribahasa lain yang sama makna: Biduk lalu kiambang bertaut).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaJalan diasak orang lalu, cupak dipepat orang menggalas.TakrifAdat istiadat dalam suatu negeri telah diubah oleh orang asing yang tinggal di dalam negeri itu. diasak = dipindahkan; orang lalu = peladang; pepat = rata, dipangkas.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBiduk lalu kiambang bertaut.TakrifDua pihak yang berselisih akan berbaik kembali bila pengacum telah tersingkir. (Bandingkan dengan: Berkelahi di hujung batang, berbaik di pangkal batang). (Peribahasa lain yang sama makna: Sekali perahu lalu, sekali kiambang berkuak).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |