Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Jurnal ; Universiti Awam ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; Novel ; Kamus Dewan Perdana ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Peribahasa Melayu

Peribahasa

Zaman puntung berasap.

Takrif

Zaman yang telah lalu; sudah lama sekali. (Peribahasa lain yang sama makna: Zaman Tuk Nadur berkajang kain).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Menggungkan gung pesuk.

Takrif

Membanggakan kekayaan yang telah lalu.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Zaman Tuk Nadur berkajang kain.

Takrif

Zaman yang telah lalu; sudah lama sekali.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Di waktu garuda alah oleh ular.

Takrif

Kiasan kepada waktu yang telah lalu; zaman dulu kala.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Lalu penjahit, lalu kelindan.

Takrif

Apabila usaha yang pertama telah berhasil, maka usaha yang berikutnya pun akan tercapai juga. (Peribahasa lain yang sama makna: Lulus [= lalu] jarum, lulus [= lalu] kelindan).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Lulus (= lalu) jarum, lulus (= lalu) kelindan.

Takrif

Apabila usaha yang pertama telah berhasil, maka usaha yang berikutnya pun akan tercapai juga. (Peribahasa lain yang sama makna: Lalu penjahit, lalu kelindan). lulus = masuk

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Muafakat lalu di dalam gelap, adat lalu di tengah terang.

Takrif

Seia-sekata melakukan pekerjaan yang berat-berat dan patuh pada peraturan-peraturan yang telah ditentukan.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Sekali perahu lalu, sekali kiambang berkuak.

Takrif

Dua pihak yang berselisih akan berbaik kembali bila pengacum telah tersingkir. (Peribahasa lain yang sama makna: Biduk lalu kiambang bertaut).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Jalan diasak orang lalu, cupak dipepat orang menggalas.

Takrif

Adat istiadat dalam suatu negeri telah diubah oleh orang asing yang tinggal di dalam negeri itu. diasak = dipindahkan; orang lalu = peladang; pepat = rata, dipangkas.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Biduk lalu kiambang bertaut.

Takrif

Dua pihak yang berselisih akan berbaik kembali bila pengacum telah tersingkir. (Bandingkan dengan: Berkelahi di hujung batang, berbaik di pangkal batang). (Peribahasa lain yang sama makna: Sekali perahu lalu, sekali kiambang berkuak).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
1
Tesaurus
 
telah (kata tugas)
Bersinonim dengan sudah;
Kata Terbitan : setelah,