PeribahasaAir dalam terenang.TakrifHidup yang tenang dan tenteram. terenang = tempat air daripada tanah liat.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaAir setitik dilautkan, tanah seketul digunungkan.TakrifMembesar-besarkan perkara yang kecil. (Peribahasa lain yang sama makna: Sekepal menjadi gunung, setitik menjadi laut).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTanah lembab (= lembah) kandungan air, kayu bengkok titian kera.TakrifTiap-tiap suatu sebab itu akan diikuti oleh sebab yang lain.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTertelentang berisi air, tertiarap berisi tanah.TakrifTerlalu miskin, tidak ada daya upaya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTertungkup sama termakan tanah, tertelentang sama terminum air.TakrifOrang yang seia-sekata dalam pergaulan. (Peribahasa lain yang sama makna: Telentang sama tertiarap bersama memakan pasir).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSekepal menjadi gunung, setitik menjadi laut.TakrifMembesar-besarkan perkara yang kecil. (Peribahasa lain yang sama makna: Air setitik dilautkan, tanah seketul digunungkan).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTelentang sama menadah embun, tertiarap bersama memakan pasir.TakrifOrang yang seia-sekata dalam pergaulan. (Peribahasa lain yang sama makna: Tertungkup sama termakan tanah, tertelentang sama terminum air).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaDi mana ranting dipatah, di situ air disauk.TakrifHendaklah menurut adat dan aturan tempat yang kita diami. (Peribahasa lain yang sama makna: Di mana bumi [= tanah] dipijak, di sana [= di situ] langit dijunjung).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
|
Puisi |
---|
|
Masak bubur terlalu cair, Makan dicampur dengan nira; Tanah lembah kandungan air, Kayu bengkok titian kera.
Lihat selanjutnya... |
|