PeribahasaBunga tengah kembang di taman, baunya merebak ke mana-mana.TakrifKecantikan seorang gadis yang telah gah ke mana-mana.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBagaimana tidak kumbang jinak terbang beredar, jika tidak kerana bunga kembang di taman.TakrifBagaimana pemuda-pemuda tidak berulang-alik di dekat rumah, jika tidak kerana perawan cantik ada di situ.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaDi mana bunga kembang, di situ kumbang banyak.TakrifDi mana ada gadis, di situ ada anak-anak muda. (Bandingkan dengan: Bagaimana tidak kumbang jinak terbang beredar, jika tidak kerana bunga kembang di taman).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
|
Puisi |
---|
|
Taman lipur di Pulau Tioman, Rumput kering lepas ditajak; Terpisah sudah dara idaman, Runtuhlah tiang tempat berpijak.
Lihat selanjutnya... |
|