PeribahasaBagai kacang direbus satu.TakrifMelonjak-lonjak kegirangan kerana mendapat untung.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBagai jelongak kerbau rampung.TakrifOrang bodoh yang sombong, tiada sedar dirinya dibodohi orang. (Peribahasa lain yang sama makna: Hidung sudah rampung diatur orang). jelongak = selalu menengadah; rampung = rosak cuping hidungnya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBagai jawi terkurung siang.TakrifSangat gelisah kerana tidak bebas.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBagai jawi makan, dimamah dulu baru ditelan.TakrifTiap-tiap perbuatan itu dirundingkan masak-masak sebelum dikerjakan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBagai jawi ditarik keluan.TakrifMenurut dengan tidak membantah. keluan = tali yang dicucukkan pada hidung (lembu dan kerbau).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBagai jawi belang puntung: didahulukan dia menyepak, dikemudiankan dia menanduk.TakrifOrang bodoh yang tidak dapat diajak berunding. belang puntung = merah kehitam-hitaman; jawi = lembu.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBagai jempuk kesiangan hari.TakrifKebingungan; termenung-menung.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBagai itik pulang petang.TakrifBerjalan lambat dan lamban (perempuan atau orang yang gemuk).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBagai inai dengan kuku.TakrifSangat karib (tentang orang bersahabat atau orang berkasih-kasihan). (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai empedu lekat di hati).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBagai ilak bercerai dengan benang.TakrifBercerai untuk selama-lamanya. ilak = ukuran untuk menentukan lebar kain yang akan ditenun.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |