PeribahasaTak tumbuh tak melata, tak sungguh orang tak kata.TakrifOrang mengatakan tentang sesuatu perkara itu tentulah ada sebabnya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTak ada kusut yang tak selesai, tak ada keruh yang tak jernih.TakrifSekalian perselisihan besar dan kecil dapat didamaikan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTak ada gading yang tak retak.TakrifTak ada yang tak ada cacatnya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bunga yang harum itu ada juga durinya, b. Tak ada elok yang tidak bercacat).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaKalau tak takut akan mati, tak sedunia perang; kalau tak takut akan alah, tak sedunia sabung.TakrifBerperang dan menyabung merupakan pekerjaan yang amat berbahaya tetapi digemari orang.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaKalau tak sir berdegak, sir melayang.TakrifJika barang yang diinginkan tidak diperolehi maka hilanglah daya upaya. tak sir = tak indah, tak mahu (Kelantan); berdegak = bunyi seperti menelan air atau bunyi jantung.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaKe langit tak sampai, ke bumi tak nyata (= tak terjejak).TakrifPekerjaan yang tanggung-tanggung atau terbengkalai.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTidak ada pendekar yang tak bulus, tak ada juara yang tak kalah.TakrifMeskipun pandai ada kalanya salah (keliru) juga. bulus = kena.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBunga yang harum itu ada juga durinya.TakrifTak ada yang tak ada cacatnya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Tak ada elok yang tidak bercacat, b. Tak ada gading yang tak retak).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaNasi tak dingin, pinggan tak retak.TakrifCermat melakukan sesuatu pekerjaan. Biasa dijadikan gurindam; engkau tak ingin, aku tak hendak.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTak ada gunung yang tinggi yang tak dapat didaki, tak ada lurah yang dalam yang tak dapat dituruni.TakrifTidak ada usaha yang tak dapat dikerjakan, asal saja ada kemahuan yang keras.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |