PeribahasaJauh panggang dari api.TakrifJawapan atau sindiran yang tidak tepat.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMenyinggung mata bisul orang.TakrifMenyakiti hati seseorang dengan sindiran (perkataan, perbuatan dan sebagainya) dalam sesuatu pertemuan. (Peribahasa lain yang sama makna: Menggetil puncak kedal orang).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMenggetil puncak kedal orang.TakrifMenyakiti hati seseorang dengan sindiran (perkataan, perbuatan dan sebagainya) dalam sesuatu pertemuan. (Peribahasa lain yang sama makna: Menyinggung mata bisul orang). getil = mencubit; kedal = kudis.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTelinga terbakar muka menyala.TakrifLekas marah kerana mendengar sindiran atau kecaman.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaKena pukul di punggung (= di pantat), gigi habis tanggal.TakrifSindiran (jawapan) yang tepat.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaManusia tahan kias, binatang tahan palu.TakrifMengajar manusia dengan sindiran, mengajar binatang dengan pukulan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaLemah-lembut santan berlada.TakrifPerkataan yang lemak manis tetapi berisi sindiran yang pedas.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTak ada guruh pada orang pekak, tak ada kilat pada orang buta.TakrifKias dan sindiran tidak ada ertinya bagi orang yang bodoh.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBinatang tahan palu, manusia tahan kias.TakrifMengajar binatang dengan pukulan, mengajar manusia dengan kiasan atau sindiran.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |