PeribahasaLah karam maka bertimba.TakrifSetelah mendapat celaka baru ingat.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSehabis kelahi teringat silat.TakrifSetelah pekerjaan selesai baru teringat akan apa-apa yang baik untuk mengerjakan pekerjaan tersebut.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTelah lulus maka diselam.TakrifSetelah pekerjaan selesai baru teringat bagaimana yang baik untuk mengerjakannya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaKering tempayan, cebok pun jauhlah.TakrifSetelah harta ibu bapanya habis, anak-anak pun menjauhkan diri.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaPucuk layu disiram (= ditimpa) hujan.TakrifSetelah menderita barulah mendapat kesenangan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTelah berasap hidungnya.TakrifSudah mendapat kesenangan setelah lama menderita.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTebu setuntung jadi separak.TakrifAnak gadis seorang, setelah kahwin beranak banyak pula. setuntung = sepotong kecil.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSekalilah si buta kehilangan tongkat.TakrifSelalu berhati-hati setelah sekali menghadapi kesukaran.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBerteguran dulu maka berkenalan, mendaki dulu maka tahu lelah.TakrifSetelah merasa kesusahan hidup barulah bekerja dengan bersungguh-sungguh.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaHabis manis sepah dibuang.TakrifDigunakan sewaktu ada perlunya saja, setelah itu ditinggalkan. (Peribahasa lain yang sama makna: Guna-guna alu, sesudah menumbuk dicampakkan).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |