PeribahasaHendaklah seperti tembikar, pecah satu pecah semuanya.TakrifHendaklah hidup dalam muafakat; senang sama-sama senang, susah sama-sama susah.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBiar sakit dulu senang kemudian.TakrifBiarlah bersusah-susah dulu asalkan senang kemudian hari.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaAyam tidur senang di dalam reban, musang yang susah beredar sekeliling.TakrifTidak senang melihat kebahagiaan orang.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaHujan panas permainan hari, senang susah permainan hidup.TakrifDalam hidup manusia ada kalanya senang dan ada kalanya susah.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMenari (= merentak) di ladang orang.TakrifBersenang-senang memakai harta orang atau bersenang-senang di rumah orang lain.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaOrang menebus berpadang senang, orang diberi beroleh saja.TakrifSesuatu yang menjadi milik kita dapat dibagikan mengikut sekehendak hati.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaAsal berisi tembolok senang hati.TakrifSudah cukup makan dan pakai maka senanglah hati.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBelut jatuh ke lumpur.TakrifSenang sekali.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSebagai di kayangan.TakrifMerasa senang pada suatu tempat yang indah.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBagai puyu di air jernih.TakrifSenang hidupnya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |