PeribahasaBaik berjagung-jagung, sementara padi belum masak.TakrifSementara belum ada yang lebih baik, maka yang kurang baik pun baiklah dipakai dulu. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Sementara menanti padi masak, berjagung-jagunglah dulu, b. Sementara mendapat rotan, akar-akar pun jadilah).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSementara mendapat rotan, akar-akar pun jadilah.TakrifSementara belum ada yang lebih baik, maka yang kurang baik pun baiklah dipakai dulu. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Baik berjagung-jagung, sementara padi belum masak, b. Sementara menanti pada masak, berjagung-jgunglah dulu).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSementara menyorok ekor habis.TakrifOrang yang malang nasibnya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaCalak-calak ganti asah, menanti tukang belum datang.TakrifDipakai untuk sementara waktu saja, sementara belum ada yang lebih baik; sekadar untuk mencukupi keperluan saja. calak-calak = lampas.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSementara menanti padi masak, berjagung-jagunglah dulu.TakrifSementara belum ada yang lebih baik, maka yang kurang baik pun baiklah dipakai dulu. (Peribahasa lain yang sama makna: Baik berjagung-jagung, sementara padi belum masak).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaGetu sementara lagi bintik.TakrifSesuatu bahaya hendaklah dihindarkan selagi kecil agar jangan sampai menimbulkan malapetaka.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMenjemur sementara hari panas.TakrifHendaklah berusaha sekuat-kuatnya pada ketika badan masih kuat atau ketika kesempatan masih ada. (Peribahasa lain yang sama makna: Pepatah asing: Besi ditempa selagi panas).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMembuat diam-diam lepu.TakrifBerpura-pura baik sementara ada kesempatan untuk berbuat jahat.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaUmpama bunga, sedap dipakai, layu dibuang.TakrifKasih sayang sementara disukai, sudah bosan lalu dibuang.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaIbarat bunga: sedap dipakai layu dibuang.TakrifPerempuan yang dikasihi sementara muda, tetapi setelah tua lalu diceraikan. sedap = maksudnya: segar.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |