PeribahasaBagai ilak bercerai dengan benang.TakrifBercerai untuk selama-lamanya. ilak = ukuran untuk menentukan lebar kain yang akan ditenun.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaApi nan tak kunjung padam.TakrifSemangat yang hidup selama-lamanya. kunjung = segera, lekas.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMana busuk yang tidak berbau?TakrifTak ada kejahatan yang dapat disembunyikan selama-lamanya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaDisangka panas sampai ke petang, kiranya hujan tengah hari.TakrifDisangka akan baik atau mulia selama-lamanya, tetapi tiba-tiba ditimpa bahaya, sehingga jatuh melarat.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaUtang (hutang) emas dapat (= boleh) dibayar, utang (hutang) budi dibawa mati.TakrifBudi baik orang haruslah diingat selama-lamanya, kerana budi bahasa tak dapat dibayar dengan wang.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSelama air hilir, selama gagak hitam.TakrifTidak berubah-ubah, tetap selama-lamanya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata selama-lamanya |
|
Puisi |
---|
|
Inang-inang padi Pak Daik, Padi tak sama rupa bunganya; Sungguh kukenang budi yang baik, Tidak kulupa selama-lamanya.
Lihat selanjutnya... |
|