PeribahasaSedang rebung baik dipatah, jadi buluh melepuh jari.TakrifMasa kecillah diajar dan dididik, jangan ditunggu sampai sudah besar. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Masa lagi rebunglah hendak dilentur, jangan dinantikan sampai menjadi aur, b. Melentur biarlah waktu rebung).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaHari ini sedang panas panjang, kacang telah lupakan kulitnya.TakrifOrang miskin jadi kaya, lupa akan dirinya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMengebat sekebat erat, melangkah selangkah sampai, berkata sepatah sedang.TakrifPendirian yang tetap. sedang = cukup.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBanyak habis, sedikit sedang.TakrifTentang membelanjakan wang.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBelum tahu lagi, ayam sedang berlaga (= disabung).TakrifBelum ada keputusan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBertukar jiwa dengan semangat.TakrifSedang berkasih-kasihan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTak akan aib kucing biang.TakrifOrang yang sedang berahi akan perempuan hilang segan dan malunya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTelah meraba-raba tepi kain.TakrifOrang yang sedang sakit payah.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBagai kucing menjemput api.TakrifYang dikehendaki tiada tercapai sedang alat (= syarat) yang digunakan untuk mencapai maksudnya itu pun hilang juga. (Peribahasa lain yang sama makna: Yang dijolok tiada jatuh, penjolok tinggal di atas).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaLepas putih hitam tak dapat.TakrifYang diharapkan tak dapat, sedang apa yang telah ada, hilang. (Peribahasa lain yang sama makna: Putih dikejar, hitam tak dapat).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
|
Puisi |
---|
|
Sedang manis buahmu mubingu, Manislah lagi buah embacang; Sedang baik kasihmu dahulu, Baiklah lagi kasih yang mendatang.
Lihat selanjutnya... |
|