PeribahasaTak sungguh getah daun, yang sebenarnya getah batang juga.TakrifSejahat-jahat saudara kandung sendiri, terlebih baik daripada kaum kerabat yang lain.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBusuk, busuk embacang.TakrifKelihatan bodoh, sebenarnya pandai.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBakar tak berapi.TakrifCinta tidak dengan sebenarnya; cinta dengan diam-diam.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaElok palut pengebat kurang.TakrifTampaknya bagus, tetapi sebenarnya masih belum baik. palut = balut, bungkus; kebat = ikat.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaEmbacang buruk kulit.TakrifKelihatannya tidak baik tetapi yang sebenarnya baik sekali.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaPukul anak sindir menantu.TakrifMengata-ngatai orang, tetapi sebenarnya perkataannya itu ditujukan kepada orang lain.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTakut akan bayang-bayang.TakrifTakut akan sesuatu yang sebenarnya tidak ada. (Bandingkan dengan: Takutkan bayang-bayangnya sendiri).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBesi lemah tak patah.TakrifPada lahirnya kelihatan lemah tetapi sebenarnya tidak dapat dipengaruhi atau dipermain-mainkan. (Peribahasa lain yang sama makna: Lemah liat kayu akar, dilentur boleh dipatah tak dapat).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaCakapan sejengkel dibawa sehasta.TakrifBerlebih-lebihan daripada hal yang sebenarnya. (Peribahasa lain yang sama makna: Sejengkal menjadi sehasta).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaDibilang genap, dipapar ganjil.TakrifLahirnya saja untung, tetapi yang sebenarnya rugi. dipapar = dibentang.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |