PeribahasaKasih saudara sama ada, kasih bapa menokok harta, kasih ibu sama rata, kasih sahabat sama binasa.TakrifKasih yang sama beradalah kasih yang sempurna, sebab biar bagaimanapun kasih seseorang itu akan kawannya namun kerana harta akan bercerai juga akhirnya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaJikalau tiada rial di pinggang, saudara yang rapat menjadi renggang.TakrifOrang yang tidak berharta (berwang) kurang dihargai orang. (Peribahasa lain yang sama makna: Hilang rona kerana penyakit, hilang bangsa tidak berwang).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaAir besar, batu bersibak.TakrifSaudara dan sahabat berpecah-belah apabila timbul perselisihan besar. sibak = cerai, menepi.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMasin lagilah garam sendiri.TakrifSanak-saudara atau kaum kerabat lebih dipentingkan daripada orang lain.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBadan bersaudara; emas perak tiada bersaudara; kasih saudara sama ada, kasih bapa menokok harta yang ada, kasih ibu sama rata; kasih sahabat sama binasa.TakrifBagaimana sekalipun orang berkasih-kasihan, tetapi dengan mudah juga dapat diceraikan, kerana orang lebih mengutamakan harta-benda.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaLepas bantal berganti tikar.TakrifKahwin dengan saudara atau keluarga isteri yang sudah meninggal.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMenggunting dalam lipatan.TakrifMencelakakan kawan atau saudara sendiri.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBerbaur bagaikan muntah, bercerai bagaikan demam.TakrifSanak saudara, bila jauh selalu terkenang tetapi bila dekat selalu bertengkar. (Peribahasa lain yang sama makna: Jauh bau bunga, dekat bau tahi [= kencing]).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBerdiang di abu dingin.TakrifTidak memperolehi pertolongan daripada saudara sendiri, ketika dalam kesusahan, kerana ia juga dalam keadaan yang serupa; tidak mendapat suguhan waktu bertamu di rumah orang lain.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaJauh bau bunga, dekat bau tahi (= kencing).TakrifSanak saudara, bila jauh selalu terkenang tetapi bila dekat selalu bertengkar. (Peribahasa lain yang sama makna: Berbaur bagaikan muntah, bercerai bagaikan demam).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |