PeribahasaBerjalan sampai ke batas, belayar sampai ke pulau.TakrifSesuatu usaha hendaklah dikerjakan sampai selesai. (Biasa juga: Bertenun sampai ke bunjainya).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSampai bersalam, pulang berterajang.TakrifMasuk ke negeri orang dengan nama yang baik, tetapi pulang dengan nama yang jahat.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaEmpang sampai ke seberang, dinding sampai ke langit.TakrifPerselisihan yang tak dapat didamaikan lagi; aturan yang tak dapat diubah. empang = bendungan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaDisigai sampai ke langit.TakrifDiselidiki dan diperiksa dengan saksama sehingga bertemu. (Bandingkan dengan: Tinggi disigai, besar ditebang).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaJangan sampai sesat barat: sepuluh kali diukur, sekali dikerat.TakrifSesuatu pekerjaan (perkara) hendaklah diperiksa dulu buruk baiknya sebelum dikerjakan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSebelum sampai ke api, tentu bahangnya dulu terasa.TakrifSesuatu bahaya besar biasanya didului dengan tanda-tanda dan alamatnya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaDisangka panas sampai ke petang, kiranya hujan tengah hari.TakrifDisangka akan baik atau mulia selama-lamanya, tetapi tiba-tiba ditimpa bahaya, sehingga jatuh melarat.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaNan dimaksud sampai, nan diamal pecah.TakrifSudah tercapai apa-apa yang dicita-citakan. amal = idaman, cita-cita.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSudah dahaga sampai pula telaga kering.TakrifKesusahan yang tidak ada batasnya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaJanji sampai, sukatan penuh.TakrifSudah sampai ajal.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |