PeribahasaMemancung tinggi-tinggi, menebang rendah-rendah.TakrifHukuman diminta yang setinggi-tingginya, tetapi yang dijatuhkan ialah yang serendah-rendahnya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaRendah gunung tinggi harapan.TakrifHarapan yang sangat besar.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaRendah dianjung tinggi, kecil diambak besar.TakrifKebesaran seseorang itu kerana dimuliakan dan dibesarkan oleh anak buahnya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaYang rendah terpendek sangat, yang tinggi terunjur sangat.TakrifTidak pernah merasa puas dengan sesuatu perolehan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaAwak rendah sangkutan tinggi.TakrifBesar belanja daripada pendapatan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaNan lurah (= rendah) juga diturut air.TakrifOrang yang kaya juga yang bertambah-tambah kekayaannya. (Bandingkan dengan: Lurah juga diturut air, bukit juga dilejang panas).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTinggi disusupi, rendah dilangkahi.TakrifDiselidiki dan diperiksa dengan saksama sehingga bertemu. (Peribahasa lain yang sama makna: Disigai sampai ke langit).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBerdiri sama tinggi, duduk sama rendah.TakrifSama setaraf. (Peribahasa lain yang sama makna: Duduk sama rendah, berdiri [= tegak] sama tinggi).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTinggi kelepur, rendah tikam.TakrifBanyak cakap, tetapi tidak ada buktinya; sombong. (Peribahasa lain yang sama makna: Tinggi gelepur, rendah laga).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTinggi gelepur, rendah laga.TakrifBanyak cakap, tetapi tidak ada buktinya; sombong. (Peribahasa lain yang sama makna: Tinggi kelepur, rendah tikam). gelepur = melompat menyerang kelepur.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |