PeribahasaPercakapan sejengkal dibawa sehasta.TakrifPerkhabaran yang sedikit ditambah-tambah.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBagai puyuh laga.TakrifPercakapan yang tak pernah habis.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBerseleleran bagai getah di lalang.TakrifPercakapan atau pembicaraan yang tidak keruan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaKecek bagai bunyi merendang kacang.TakrifPercakapan yang berleler, sehingga susah untuk difahami maksudnya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSeperti kuda kencing di papan.TakrifPercakapan yang tiada tentu hujung pangkalnya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBunyi semacam kumbang menyeri bunga.TakrifBunyi percakapan yang lemah antara kedengaran dengan tiada.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMemetik kecapi bertali sumbang, seperti serunai berbunyi gambang.TakrifPercakapan yang tidak jelas sehingga menimbulkan salah faham orang yang mendengarnya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSebab pulut santan binasa, sebab mulut badan binasa.TakrifPercakapan yang kasar kerap kali mencelakakan diri sendiri.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSebab mulut leher terjerat.TakrifKecelakaan yang timbul kerana percakapan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTua-tua telur ayam.TakrifHanya tua sedikit saja (biasa dipakai untuk merendahkan diri dalam percakapan).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |