PeribahasaHidung dicium, pipi digigit.TakrifKasih sayang yang pura-pura saja; menyembunyikan perbuatan jahat dengan perbuatan baik.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTerpijak di tanah kapur, putih tapak; terpijak di tanah arang, hitam tapak.TakrifPerbuatan baik, baiklah akibatnya; perbuatan jahat, jahatlah akibatnya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaKalau baik disebut orang; kalau jahat, jahatlah.TakrifPerbuatan yang baik akan disebut baik, perbuatan yang jahat akan disebut jahat.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaHilang tapak tukul, timbul tapak canai.TakrifPerbuatan (baik dan jahat) orang yang terlebih dulu itu telah hilang, kerana dilindungi oleh perbuatan orang yang kemudiannya. tukul = pemukul kecil; canai = asah.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaJika yang baik diperbuat bersilang cerana datang, jika yang buruk diperbuat bersilang telunjuk bibir.TakrifPerbuatan baik apabila dikerjakan dapat pujian di mana-mana, perbuatan buruk apabila dikerjakan dapat celaan kanan dan kiri.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSariat palu memalu, hakikat balas membalas.TakrifKebaikan hendaklah dibalas dengan kebaikan. sariat (syari'at) = aturan agama, di sini dimaksudkan kepada perbuatan; hakikat = kebenaran, yang sebenarnya jadi pendorong perbuatan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMenjaring angin.TakrifPerbuatan yang sia-sia belaka.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMencukur kepala.TakrifPerbuatan yang memalukan kaum keluarga.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBersuluh tengah hari.TakrifPerbuatan yang pandir, bertanya tentang sesuatu yang sudah diketahui; mensia-siakan tenaga dan wang. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bersuluh menjemput [= minta] api, b. Lagi terang lagi bersuluh).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBerkepanjangan bagai agam.TakrifPerbuatan atau perkataan yang tidak ada hujungnya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |