PeribahasaOrang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa.TakrifTiap-tiap pemberian orang hendaklah dibalas dengan pemberian; kita harus tahu berterima kasih.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBagai gembala diberi keris.TakrifPemberian yang tidak berfaedah.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBagai menambah gelang bini.TakrifPemberian yang tak kelihatan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTitik ditampung, meresap dipalit.TakrifPemberian orang atau penghasilan biar betapa sedikit sekalipun akan diterima juga.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBagai melulutkan jebat pada kerbau.TakrifPemberian yang tidak sesuai dengan tempatnya. melulutkan = menggosok tubuh dengan pelutut; jebat = sebangsa kasturi.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTebu setuntung masuk geraham gajah.TakrifPemberian yang sedikit kepada orang yang kaya tentu tiada terasa olehnya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaDitakik bagai berendang, disepakkan bagai berayam.TakrifPemberian gelaran yang tidak ada ertinya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaLading tajam sebelah.TakrifSelalu mahu menerima pemberian, tetapi segan memberi. lading = sebangsa perang.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaUmpama semut mempersembahkan paha belalang kepada raja.TakrifPemberian yang tidak ada ertinya. (Bandingkan dengan: Memberi garam kepada laut).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMenantikan nasi disajikan di mulut.TakrifOrang yang pemalas hanya menantikan pemberian atau kasihan orang saja, atau menantikan takdir Tuhan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |