Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; Kamus Dewan Perdana ; Kamus Istilah Sains Kewangan ; Glosari Linguistik Korpus ; Glosari Linguistik Korpus 2 ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Peribahasa Melayu

Peribahasa

Orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa.

Takrif

Tiap-tiap pemberian orang hendaklah dibalas dengan pemberian; kita harus tahu berterima kasih.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Bagai gembala diberi keris.

Takrif

Pemberian yang tidak berfaedah.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Bagai menambah gelang bini.

Takrif

Pemberian yang tak kelihatan.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Titik ditampung, meresap dipalit.

Takrif

Pemberian orang atau penghasilan biar betapa sedikit sekalipun akan diterima juga.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Bagai melulutkan jebat pada kerbau.

Takrif

Pemberian yang tidak sesuai dengan tempatnya. melulutkan = menggosok tubuh dengan pelutut; jebat = sebangsa kasturi.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Tebu setuntung masuk geraham gajah.

Takrif

Pemberian yang sedikit kepada orang yang kaya tentu tiada terasa olehnya.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Ditakik bagai berendang, disepakkan bagai berayam.

Takrif

Pemberian gelaran yang tidak ada ertinya.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Lading tajam sebelah.

Takrif

Selalu mahu menerima pemberian, tetapi segan memberi. lading = sebangsa perang.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Umpama semut mempersembahkan paha belalang kepada raja.

Takrif

Pemberian yang tidak ada ertinya. (Bandingkan dengan: Memberi garam kepada laut).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Menantikan nasi disajikan di mulut.

Takrif

Orang yang pemalas hanya menantikan pemberian atau kasihan orang saja, atau menantikan takdir Tuhan.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
1
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pemberian