PeribahasaMeragakan pakaian cantik kepada si buta.TakrifTidak berfaedah menunjukkan kepandaian kepada orang-orang yang tidak dapat menghargainya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Apa gunanya bulan terang di dalam hutan, jikalau di dalam negeri betapa baiknya, b. Apa gunanya merak mengigal di hutan). (Biasa juga: Bersifat kepada si buta).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |  
  PeribahasaLebai berjanggut kambing pun berjanggut juga.TakrifPakaian dan rupanya boleh jadi sama tetapi kedudukannya lain-lain.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |  
  PeribahasaSudah bergulung lapik (= tikar) saja.TakrifSangat miskin, tiada pakaian untuk dipakai.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |  
  PeribahasaBersilat kepada si buta.TakrifMenunjukkan kelebihan kepada orang yang tidak dapat menghargainya. (Peribahasa lain yang sama makna: Meragakan pakaian cantik kepada si buta).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |  
  PeribahasaKeris panjang berkeluk, ke mana bawa ke mana olok.TakrifOrang yang dapat digunakan untuk sebarang maksud; anak muda yang 'dimakan' pakaian.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |  
  PeribahasaJadi dinding lasak peti manian.TakrifOrang yang menjadi harapan raja atau orang besar-besar. lasak = masuk, muat, isi; peti manian = tempat simpanan pakaian dan barang-barang yang berharga.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |  
  PeribahasaApa gunanya bulan terang di dalam hutan, jikalau di dalam negeri betapa baiknya.TakrifTidak berfaedah menunjukkan kepandaian kepada orang-orang yang tidak dapat menghargainya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Meragakan pakaian cantik kepada si buta, b. Meragakan suara kepada si pekak).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |  
  PeribahasaMeragakan suara kepada si pekak.TakrifTidak berfaedah menunjukkan kepandaian kepada orang-orang yang tidak dapat menghargainya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Apa gunanya bulan terang di dalam hutan, jikalau di dalam negeri betapa baiknya, b. Apa gunanya merak mengigal di hutan, c. Meragakan pakaian cantik kepada si buta).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |  
 
				 
			 
		 
	 
                        
 
                    
                 | 
                
                    
    
   | Puisi | 
|---|
  |   
  Baju kurung pakaian asli,      Turun-temurun bangsa Melayu;  Lagi cantik bertambah seri,      Dipandang lama rasa tak jemu.
 
 
 
  Lihat selanjutnya... |  
  
    |