PeribahasaApabila tumbuh-nyiur itu patah, tumbuh-nyiur juga akan gantinya.TakrifGanti yang hilang mestilah yang sama pula. tumbuh-nyiur = tunas bibit kelapa.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaNyiur setandan tetapi berlain-lain jadinya.TakrifWalaupun anak-anak itu daripada seibu sebapa tetapi tabiatnya jauh berbeza.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaKukur apa kepada kukur, nyiur juga yang binasa.TakrifMemang mudah menyuruh berbuat begini begitu, tetapi yang sukar ialah yang mengerjakannya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Apa kepada kukur, nyiur juga yang binasa, b. Apa peduli pada kukuran, nyiur juga yang akan habis, c. Enggang apa kepada enggang; orang apa kepada orang, d. Mata memandang apa yang hendak sakit, bahu yang memikul timpa perasaan, e. Mata tahu memandang saja, bahu juga yang tahu beratnya).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaUmpama memerah nyiur, santan diambil hampas dibuang.TakrifMendengar nasihat orang, pilihlah yang baik dan buanglah yang buruk.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaApa kepada kukur, nyiur juga yang binasa.TakrifMemang mudah menyuruh berbuat begini begitu, tetapi yang sukar ialah yang mengerjakannya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Apa peduli pada kukuran, nyiur juga yang akan habis, b. Enggang apa kepada enggang; orang apa kepada orang, c. Gar-gar, kata gelegar, rasuk juga yang menahannya, d. Kukur apa kepada kukur, nyiur juga yang binasa, e. Mata memandang apa yang hendak sakit, bahu yang memikul timpa perasaan, f. Mata tahu memandang saja, bahu juga yang tahu beratnya).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaApa peduli pada kukuran, nyiur juga yang akan habis.TakrifMemang mudah menyuruh berbuat begini begitu, tetapi yang sukar ialah yang mengerjakannya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Apa kepada kukur, nyiur juga yang binasa, b. Enggang apa kepada enggang; orang apa kepada orang, c. Gar-gar, kata gelegar, rasuk juga yang menahannya, d. Kukur apa kepada kukur, nyiur juga yang binasa, e. Mata memandang apa yang hendak sakit, bahu yang memikul timpa perasaan, f. Mata tahu memandang saja, bahu juga yang tahu beratnya).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaEnggang apa kepada enggang; orang apa kepada orang.TakrifMemang mudah menyuruh berbuat begini begitu, tetapi yang sukar ialah yang mengerjakannya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Apa kepada kukur, nyiur juga yang binasa, b. Apa peduli pada kukuran, nyiur juga yang akan habis, c. Kukur apa kepada kukur, nyiur juga yang binasa).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMata tahu memandang saja, bahu juga yang tahu beratnya.TakrifMemang mudah menyuruh berbuat begini begitu, tetapi yang sukar ialah yang mengerjakannya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Apa kepada kukur, nyiur juga yang binasa, b. Apa peduli pada kukuran, nyiur juga yang akan habis, c. Kukur apa kepada kukur, nyiur juga yang binasa, d. Mata memandang apa yang hendak sakit, bahu yang memikul timpa perasaan).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaGar-gar, kata gelegar, rasuk juga yang menahannya.TakrifMemang mudah menyuruh berbuat begini begitu, tetapi yang sukar ialah yang mengerjakannya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Apa kepada kukur, nyiur juga yang binasa, b. Apa peduli pada kukuran, nyiur juga yang akan habis, c. Enggang apa kepada enggang; orang apa kepada orang, d. Kukur apa kepada kukur, nyiur juga yang binasa). gelegar = balok tempat memakukan lantai papan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMata memandang apa yang hendak sakit, bahu yang memikul timpa perasaan.TakrifMemang mudah menyuruh berbuat begini begitu, tetapi yang sukar ialah yang mengerjakannya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Apa kepada kukur, nyiur juga yang binasa, b. Apa peduli pada kukuran, nyiur juga yang akan habis, c. Kukur apa kepada kukur, nyiur juga yang binasa, d. Mata tahu memandang saja, bahu juga yang tahu beratnya).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata nyiur |
|
Puisi |
---|
|
Nyiur manis baru gugur, Dibawa nyonya keluar pagar; Jasad menangis di pintu kubur, Menyesal di dunia tidak belajar.
Lihat selanjutnya... |
|