Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Pengesahan Bahasa ; Dialek ; Katan ; Pantun ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Pantun

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Nyiur dulang kelapa dulang, Nyiur manis condong ke paku; Peluk timbang tangis timbang, Jangan menangis ingatkan aku.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Nyiur manis baru gugur, Dibawa nyonya keluar pagar; Jasad menangis di pintu kubur, Menyesal di dunia tidak belajar.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Nyiur gading baru berbuah, Pokok senduduk berbunga pagi; Sudah dapat gading bertuah, Tentulah tanduk tak guna lagi.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Nyiur manis condong ke Keling, Sudah ke Keling ke Jawa pula; Hitam manis duduk mengoleng, Sudah mengoleng ketawa pula.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Nyiur lamin di Pantai Lamin, Jatuh sebutir disambar ribut; Hitam manis duduk beransin, Cacat sedikit rambutnya sejemput.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Nyiur manis di tebing raut, Masak sebutir membilang tandan; Adik pergi melangkah laut, Abang di rumah membilang bulan.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Nyiur manis dipegang budak, Nak buang tak ada beliung; Menangis bukannya budak, Nak terbang bukannya burung.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Nyiur berkayuh pantai berlaut, Jatuh sebutir membilang tandan; Abang sebutir bermain laut, Adik tinggal membilang bulan.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Nyiur muda jangan lebat, Kalau lebat patahmayang; Orang muda jangan mengebat, Kalau ngebat ditinggal tunang.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Nyiur tunggal kelapa tunggal, Tindan-menindan limau manis; Cium tinggal pangku tinggal, Tinggal adinda yang manis.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata nyiur

Puisi
 

Nyiur manis baru gugur,
     Dibawa nyonya keluar pagar;
Jasad menangis di pintu kubur,
     Menyesal di dunia tidak belajar.



Lihat selanjutnya...