PeribahasaNasib penyapu, banyak jasa turun darjat.TakrifTerlalu banyak membuat kebajikan sehingga merosakkan diri sendiri.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMujur tiada berbunyi, malang tiada berbau.TakrifNasib buruk tak dapat dihindarkan, nasib baik tak dapat dicari-cari. (Peribahasa lain yang sama makna: Malang tak boleh ditolak, mujur tak boleh diraih).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMalang tak boleh ditolak, mujur tak boleh diraih.TakrifNasib buruk tak dapat dihindarkan, nasib baik tak dapat dicari-cari. (Peribahasa lain yang sama makna: Mujur tiada berbunyi, malang tiada berbau).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaGeruh menempuh dalam tubuh.TakrifNasib buruk yang mempengaruhi diri.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaIkan digulai sudah melompat.TakrifNasib yang malang.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaJanjian antah tidak ceruh.TakrifNasib yang malang.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaKalau bertunas diganggut kambing.TakrifNasib yang malang. ganggut = ragut, renggut.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTuak terbeli, tunjang hilang.TakrifNasib yang malang, waktu maksud yang kedua diperoleh, barang yang sudah di tangan pula hilang. (Peribahasa lain yang sama makna: Malang celaka Raja Genggang, tuak terbeli tunjang hilang).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaUntung sebagai roda pedati.TakrifNasib manusia berputar-putar turun dan naik.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBayan di tangan habis terlepas.TakrifNasib yang malang.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |