PeribahasaDikatakan berhuma lebar, sesapan di halaman.TakrifMemegahkan harta milik dan kebolehannya, tetapi harta milik dan kebolehannya itu tidak seberapa. sesapan = semak belukar.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTernak bergembala, parak berpagar.TakrifHarta milik harus dijaga, lebih-lebih lagi anak gadis.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTerpelanting memilihi, terserak mengampungkan.TakrifKewajiban ketualah memelihara hak milik anak buahnya dan mengumpulkan mereka yang bercerai-berai.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaOrang menebus berpadang senang, orang diberi beroleh saja.TakrifSesuatu yang menjadi milik kita dapat dibagikan mengikut sekehendak hati.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBesar tak boleh disangka bapa, kecil tak boleh disangka anak.TakrifKelebihan atau kepandaian itu menjadi milik orang banyak.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSarang unam dimasuki ketam, menjadi umang-umang.TakrifMenyamarkan diri kerana sesuatu muslihat; orang yang suka menggunakan hak milik orang lain. unam = sejenis siput.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBuntar dikeping, suarang diagih.TakrifHarta perserikatan dibahagi sebagaimana mestinya apabila suami isteri atau orang yang berkongsi bercerai. (Peribahasa lain yang sama makna: Suarang diagih, sekutu dibelah). buntar = bulat; suarang = harta milik.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
|
|