PeribahasaAnjing itu, meskipun dirantai dengan rantai emas, nescaya berulang-ulang juga ia ke tempat najis.TakrifOrang jahat, biarpun diberi kesenangan, namun kalau mendapat kesempatan akan diulangnya juga perbuatan jahatnya itu. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Arang itu, jika dibasuh dengan air mawar sekalipun, tiada akan putih, b. Gagak dimandikan tujuh kali sehari pun, takkan putih bulunya, c. Habis air setelaga, arang dibasuh tak putih).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaKecil-kecil cili Melaka.TakrifMeskipun kecil tetapi berani. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Kecil-kecil anak harimau, b. Kecil-kecil cabai rawit).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaKecil-kecil cabai rawit.TakrifMeskipun kecil tetapi berani. (Peribahasa lain yang sama makna: Kecil-kecil anak harimau).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaKecil-kecil anak harimau.TakrifMeskipun kecil tetapi berani. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Kecil-kecil cabai rawit, b. Kecil-kecil cili Melaka, c. Kecil-kecil lada api, besar-besar limau abung).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTiada patah yang tak tempang.TakrifMeskipun telah berdamai tetapi masih belum baik juga pada hatinya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaJauh di mata, dekat di hati.TakrifMeskipun telah jauh berpisah, tetapi tidak lupa pada yang ditinggalkan. (Biasa juga; Jauh di mata, di hati jangan).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSeberat-berat beban, laba jangan ditinggalkan.TakrifMeskipun terpaksa mengerjakan sesuatu pekerjaan yang berat namun keuntungan jangan dilepaskan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTua-tua kelapa, makin tua berminyak.TakrifMeskipun tua, tetapi baik (lebih enak dan sebagainya).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaNasi tersenduk tidak termakan.TakrifTidak dapat merasainya, meskipun sudah diperoleh; belum menjadi rezeki.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTiada telap oleh asai.TakrifSihat dan kuat meskipun usianya telah lanjut. asai = binatang kecil yang memakan kayu.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata meskipun. |
|
Puisi |
---|
|
Ribu-ribu ditanggung angit, Jatuh mari di atas batu; Meskipun seribu bintang di langit, Tidak menyama adik yang satu.
Lihat selanjutnya... |
|