Dewan Bahasa & Pustaka Display virtual keyboard interface  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Puisi ; Buku ; Novel ; Dialek ; Pantun ; Kamus Istilah Sains Kewangan ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Peribahasa Melayu

Peribahasa

Menjalar melata pohon tembikai, sayang buah dimakan tikus.

Takrif

Indah dan gagah pada lahirnya saja tetapi batinnya tidak baik. tembikai = buah semangka.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Umpama sirih, menjalar dulu kemudian melilit, barulah memanjat ke pucuk junjung.

Takrif

Tiap-tiap pekerjaan hendaklah dikerjakan mengikut aturannya.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Biar merangkak jangan menjalar.

Takrif

Lebih baik rosak sedikit asal jangan rosak semuanya; sebelum sesuatu kemelaratan itu menjadi besar baiklah diusahakan untuk menghindarkannya. (Peribahasa lain yang sama makna: Biar miring asal jangan tertelungkup; atau Biar rebah jangan roboh, atau Biar serpih jangan tumbang; atau Biar sipi asal jangan tepat [= sesat]; atau Biar terletak asal jangan terhempas; atau Biar terselar jangan terbakar hangus; atau Biar terteleng asal jangan tertungkup).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Sama menjulur sama menjalar, lain belut lain ular.

Takrif

Dua orang yang sama rupa dan perjalanannya tetapi budi pekertinya berlainan.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Biar titik, jangan tumpah.

Takrif

Lebih baik rosak sedikit asal jangan rosak semuanya; sebelum sesuatu kemelaratan itu menjadi besar baiklah diusahakan untuk menghindarkannya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Biar merangkak jangan menjalar, b. Biar senget jangan tertiarap).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
1
Tesaurus
 
jalar
Kata Terbitan : berjalaran, berjalar-jalar, menjalar, menjalarkan,

Puisi
 

Ikan tenggiri makan menyambar,
     Cuka-cuka dalam peti;
Bila berpucuk daunnya lebar,
     Akar menjalar ke sana ke mari.



Lihat selanjutnya...