PeribahasaKecil api menjadi kawan, besar ia menjadi lawan.TakrifKejahatan yang sedikit jangan dibiarkan menjadi besar.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMenjadi landasan pagi dan petang.TakrifOrang yang hidup memburuh.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMenjadi kambing hitam.TakrifOrang yang dipersalahkan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMenjadi apit lempang cencang galang.TakrifMengambil tempat sebagai pengganti dalam sesuatu usaha yang besar.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSekepal menjadi gunung, setitik menjadi laut.TakrifMembesar-besarkan perkara yang kecil. (Peribahasa lain yang sama makna: Air setitik dilautkan, tanah seketul digunungkan).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaDikulum menjadi manikam, dimuntahkan (= diludahkan) menjadi sekam.TakrifDiam itu lebih baik daripada berkata-kata.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSiang menjadi angan-angan, malam menjadi buah mimpi.TakrifTak pernah dilupakan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaApi itu, tatkala kecil menjadi kawan, apabila besar menjadi lawan.TakrifKejahatan yang sedikit itu hendaklah lekas diperbaiki supaya jangan sampai melarat.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaPusat jala pumpunan ikan.TakrifMenjadi tempat tumpuan atau menjadi pusat berbagai-bagai hal. pumpunan = tempat berkumpul.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaKuman menjadi barah (= pekung).TakrifPerkara kecil menjadi besar. (Peribahasa lain yang sama makna: Kudis menjadi tokak).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
|
Tesaurus |
---|
| jadi (kata kerja) | Bersinonim dengan berhasil, berjaya;, | | Kata Terbitan : sejadi-jadinya, menjadi, menjadi-jadi, menjadikan, terjadi, jadian, jadi-jadian, kejadian, |
|
Puisi |
---|
|
Burung disebut si burung merak, Menjadi ratu istana rimba; Untung sabut timbul nampak, Untung batu tenggelam hamba.
Lihat selanjutnya... |
|