PeribahasaTakut mengikut jalan tak beretas.TakrifTakut melakukan pekerjaan yang belum pernah diperbuat orang.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBagai tekukur mengikut kata.TakrifAnak angkat yang boleh diperlakukan sesuka hati oleh ibu atau bapa angkatnya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaCorak kain mengikut kehendak penenunnya.TakrifUndang-undang sesebuah negeri itu menurut keadaan pemerintahnya; pengetahuan murid menurut ajaran gurunya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBengkok batang bengkoklah bayangnya.TakrifMengikut ajaran yang salah.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSeperti lurus-lurus telunjuk.TakrifMengikut sesuatu ajaran hanya sebentar saja.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaJangan bercermin di air keruh.TakrifJangan mengikut tauladan (teladan) yang buruk.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaJangan berkemudi di haluan.TakrifJangan terlalu sangat mengikut kata isteri.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSebagai langau di ekor gajah.TakrifSelalu mengekor (menurut, mengikut-ikut) orang yang berkuasa.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaOrang menebus berpadang senang, orang diberi beroleh saja.TakrifSesuatu yang menjadi milik kita dapat dibagikan mengikut sekehendak hati.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSeperti pucuk pohon ru; ke mana ditiup angin ke situlah melentur.TakrifTidak tahu berfikir sendiri, senantiasa mengikut kemahuan orang lain.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
|
Tesaurus |
---|
| ikut | | Kata Terbitan : ikut-ikut, ikut-ikutan, berikut, berikut-ikut, berikutan, mengikut, mengikut-ikut, mengikuti, terikut-ikut, pengikut, |
|
Puisi |
---|
|
Basikal Jepun basikal joli, Dibawa di simpang tiga; Hendak mengikut tidak berani, Takut ditinggal tengah jeraya.
Lihat selanjutnya... |
|