PeribahasaMengambil puntung pemukul kepala.TakrifKebaikan dibalas dengan kejahatan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMengambil bungkalan kurang.TakrifSalah terima (merasa dirinya tersinggung oleh perkataan orang).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaPandai mengambil otak di dalam kepala, tiada diketahui oleh tuan tubuh.TakrifPandai berkata-kata; arif bijaksana.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTidak berluluk mengambil cekarau.TakrifMendapat untung tidak dengan bersusah payah.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMengambil contoh kepada yang sudah, mengambil tuah kepada yang menang.TakrifMelakukan sesuatu pekerjaan hendaklah mencontoh teladan yang baik.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMencucup benak orang.TakrifMengambil harta benda orang lain dengan kekerasan; mengambil untung daripada orang miskin dan melarat.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMustahil tak berluluk mengambil cekarau.TakrifMustahil mendapat kesenangan tanpa berusaha.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBiar buruk kain dipakai, asal pandai mengambil hati.TakrifBudi bahasa yang baik.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMenjadi apit lempang cencang galang.TakrifMengambil tempat sebagai pengganti dalam sesuatu usaha yang besar.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaHarta orang hendak dikebas.TakrifOrang yang mahu mengambil harta orang lain. (Peribahasa lain yang sama makna: Harta orang hendak digalas).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |