PeribahasaMaksud hati memeluk gunung, apa daya tangan tak sampai.TakrifIngin akan sesuatu yang besar tetapi tidak berdaya mencapainya, kerana kekurangan alat. (Peribahasa lain yang sama makna: Niat hati nak peluk gunung, apakan daya tangan tak sampai).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaNiat di hati hendak memeluk gunung, sudah terpeluk biawak celaka (= sial).TakrifBerhajat kepada sesuatu yang baik, tiba-tiba yang buruk pula diperoleh.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSeperti bulan dimakan rahu.TakrifMemeluk kekasih dengan asyik sekali. rahu = ular naga yang dipercayai menyebabkan gerhana bulan (matahari).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaNiat hati nak peluk gunung, apakan daya tangan tak sampai.TakrifIngin akan sesuatu yang besar tetapi tidak berdaya mencapainya, kerana kekurangan alat. (Peribahasa lain yang sama makna: Maksud hati memeluk gunung, apa daya tangan tak sampai).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
|
Puisi |
---|
|
Anak buaya pergi bertenung, Singgah ke lubuk memakan bangkai; Hendak hati memeluk gunung, Gunung dipeluk tangan tak sampai.
Lihat selanjutnya... |
|