PeribahasaLonggar sendat, lapang bertukul.TakrifBerpura-pura menerima kebenaran, padahal sedikit pun tidak dimasukkan ke dalam ingatannya. (Bandingkan dengan: Masuk ke telinga kanan, keluar ke telinga kiri).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSempit lalu, longgar ditokok.TakrifDi negeri yang sukar pencarian, penduduknya rajin-rajin; di negeri yang makmur, penduduknya malas.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaKe dalam sumpit tak muat, ke dalam ambung longgar.TakrifOrang yang tidak dapat menyesuaikan diri dengan keadaan. ambung = keranjang.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaHendak dimasukkan ke dalam sumpit tak maut; ke dalam keranjang longgar.TakrifSesuatu yang tidak sempurna menyebabkan keadaan menjadi sukar.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaPilin telinga saring-saring.TakrifFikirkan habis-habis sebelum berbuat sesuatu. saring = tidak longgar.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMasuk ke telinga kanan, keluar ke telinga kiri.TakrifNasihat atau pelajaran yang tidak dimasukkan ke dalam ingatan. (Bandingkan dengan: Longgar sendat, lapang bertukul).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata longgar. |
|
|