PeribahasaKain dalam lipatan.TakrifPerempuan yang melakukan kejahatan di dalam diam-diam.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMenggunting dalam lipatan.TakrifMencelakakan kawan atau saudara sendiri.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaLeka senantiasa di lipatan sanggul; fikiran singkat akal pun tumpul.TakrifGilakan seorang perempuan sehingga lupa akan makan dan minum.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaManikam selalu juga didapati di dalam lipatan kain buruk yang robek.TakrifPengetahuan (kepandaian) selalu juga terdapat dalam kalangan orang miskin dan hina.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMenohok kawan seriring.TakrifMencelakakan kawan sendiri. (Bandingkan dengan: Menggunting dalam lipatan).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMenghadapkan bedil pulang.TakrifMencelakakan kaum keluarga sendiri. (Peribahasa lain yang sama makna: Menggunting dalam lipatan).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
|
Puisi |
---|
|
Bungalah melur kembang setangkai, Taruh mari di lipatan kain; Jikalah benar adik memakai, Janganlah adik ingat yang lain.
Lihat selanjutnya... |
|