Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Universiti Awam ; ujian ; Novel ; Dialek ; Pantun ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Peribahasa Melayu

Peribahasa

Kain dalam lipatan.

Takrif

Perempuan yang melakukan kejahatan di dalam diam-diam.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Menggunting dalam lipatan.

Takrif

Mencelakakan kawan atau saudara sendiri.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Leka senantiasa di lipatan sanggul; fikiran singkat akal pun tumpul.

Takrif

Gilakan seorang perempuan sehingga lupa akan makan dan minum.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Manikam selalu juga didapati di dalam lipatan kain buruk yang robek.

Takrif

Pengetahuan (kepandaian) selalu juga terdapat dalam kalangan orang miskin dan hina.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Menohok kawan seriring.

Takrif

Mencelakakan kawan sendiri. (Bandingkan dengan: Menggunting dalam lipatan).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Menghadapkan bedil pulang.

Takrif

Mencelakakan kaum keluarga sendiri. (Peribahasa lain yang sama makna: Menggunting dalam lipatan).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
1
Tesaurus
 
lipat
Kata Terbitan : berlipat, melipat, lipatan,

Puisi
 

Bungalah melur kembang setangkai,
     Taruh mari di lipatan kain;
Jikalah benar adik memakai,
     Janganlah adik ingat yang lain.



Lihat selanjutnya...