PeribahasaPerempuan serasan, lelaki pemalu.TakrifPegangan hidup yang tidak serupa. serasan = seperasaan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaPenghisap candu gelap.TakrifLelaki yang berbuat jahat secara rahsia dengan perempuan, akhirnya akan ketahuan juga.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBulan mengambang dikandung awan.TakrifLelaki yang merindukan seorang perempuan, dan perempuan itu telah diambil oleh orang lain.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBagai biawak mengulangi bangkai.TakrifLelaki yang suka pergi ke tempat perempuan jahat. (Peribahasa lain yang sama makna: Seperti anjing mengulangi bangkai).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaJadi bapa kuda.TakrifOrang lelaki yang suka kahwin di sana sini dan bersenang-senang di rumah isterinya, tanpa membuat sesuatu pekerjaan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaLalat memanglah mencari puru.TakrifLelaki yang jahat memang mencari perempuan jahat.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaLecah di kaki.TakrifSeorang lelaki yang kahwin tanpa ada tanggungjawab, melainkan sebagai orang menumpang saja.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSangkar emas, tenggeran suasa.TakrifLelaki yang menanti isterinya dengan rumah yang bagus serta cukup alat perkakasnya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSeperti anjing mengulangi bangkai.TakrifLelaki yang suka pergi ke tempat perempuan jahat. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai biawak mengulangi bangkai).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSeperti anjing menggonggong bangkai.TakrifLelaki jahat yang membawa perempuan jahat.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |