PeribahasaDikatakan berhuma lebar, sesapan di halaman.TakrifMemegahkan harta milik dan kebolehannya, tetapi harta milik dan kebolehannya itu tidak seberapa. sesapan = semak belukar.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMenghubung hendak panjang, menyebar hendak lebar.TakrifPerkahwinan yang akan menambahkan keluarga di kedua belah pihak.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBerhubung kerana hendak panjang, berkampuh kerana hendak lebar.TakrifPerhubungan kekeluargaan melalui perkahwinan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaKerap sang berudu hendak berenang di laut lebar, awak masih juga di kubangan.TakrifMenghendaki sesuatu yang mustahil diperoleh atau terjadi. berudu = anak katak yang masih sebagai ikan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBagai ilak bercerai dengan benang.TakrifBercerai untuk selama-lamanya. ilak = ukuran untuk menentukan lebar kain yang akan ditenun.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMenimbau boleh, menggala-gala tak tahu.TakrifPandai membuat pekerjaan yang besar tetapi tiada tahu membuat pekerjaan yang kecil yang ada hubungannya dengan pekerjaan itu. timbau (menimbau) = menyambung atau menambah supaya panjang (tinggi, lebar dan sebagainya).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaKain rabak tegal dek lenggang awak, baju rabik tegal dek lenggok awak, kopiah pesuk tegal dek lonjak awak.TakrifOrang yang suka bermegah-megah akhirnya mencelakakan dan merugikan diri sendiri. rabak = koyak panjang atau lebar; rabik = sobek di tepi, cabik-cabik; pesuk = lekuk.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
|
Puisi |
---|
|
Tanam tebu beruas-ruas, Tanam dari tepi telaga; Lautan lebar bukankah luas, Kenapa kapal selalu berlaga?
Lihat selanjutnya... |
|