PeribahasaPantang elang dengan ayam, lambat-laun disambarnya juga.TakrifMudah menimbulkan sesuatu hal yang tak baik kalau diperdekatkan. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai api dengan rabuk, b. Sepantun elang dengan ayam, lambat-laun disambar juga, c. Seperti rabuk dengan api). pantang = sesuatu yang terlarang.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSepantun elang dengan ayam, lambat-laun disambar juga.TakrifMudah menimbulkan sesuatu hal yang tak baik kalau diperdekatkan. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai api dengan rabuk, b. Pantang elang dengan ayam, lambat-laun disambarnya juga, c. Seperti rabuk dengan api). sepantun = seperti, serupa.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSeperti rabuk dengan api.TakrifMudah menimbulkan sesuatu hal yang tak baik kalau diperdekatkan. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai api dengan rabuk, b. Pantang elang dengan ayam, lambat-laun disambarnya juga, c. Sepantun elang dengan ayam, lambat-laun disambar juga).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBagai api dengan rabuk.TakrifMudah menimbulkan sesuatu hal yang tak baik kalau diperdekatkan. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai kucing dengan panggang [= balur], b. Pantang elang dengan ayam, lambat-laun disambarnya juga, c. Sepantun elang dengan ayam, lambat-laun disambar juga, d. Seperti rabuk dengan api).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBagai kucing dengan panggang (= balur).TakrifMudah menimbulkan sesuatu hal yang tak baik kalau diperdekatkan. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai api dengan rabuk, b. Pantang elang dengan ayam, lambat-laun disambarnya juga, c. Sepantun elang dengan ayam, lambat-laun disambar juga, d. Seperti rabuk dengan api). balur = dendang.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBusuk berbau, jatuh berdebuk.TakrifPerbuatan yang buruk lambat-laun akan ketahuan juga.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaDicukur-cukur rambut, tumbuh juga semula.TakrifTabiat jahat lambat-laun akan berbalik semula.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaAnak kunci jahat, peti derhaka.TakrifSuami yang jahat, lambat-laun akan ditentang oleh isterinya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaPendusta berdiri tiada berkaki.TakrifTiap-tiap yang dusta itu lambat laun akan terbuka juga rahsianya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTiap-tiap busuk itu meruap juga.TakrifPekerjaan yang jahat itu lambat-laun akan diketahui orang juga.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
|
Puisi |
---|
|
Bunga melur berjinjang-jinjang, Bunga mawar dalam raga; Minta doa umur panjang, Lambat laun bertemu juga.
Lihat selanjutnya... |
|