PeribahasaBerhampar lapik, berlicin daun.TakrifBermuafakat mencari penyelesaian yang baik dengan setulus-tulus hati, tidak ada menyembunyikan perasaan-perasaan yang buruk.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMenggantikan lapik.TakrifMemperisteri bekas isteri saudaranya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBertandang membawa lapik.TakrifBertamu tetapi membawa bekalan sendiri.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSudah bergulung lapik (= tikar) saja.TakrifSangat miskin, tiada pakaian untuk dipakai.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaKeluh (kesah) tidur di kasur, berkeruh di lapik penjemuran.TakrifKemewahan ataupun kekayaan tidak selamanya membawa kebahagiaan; sebaliknya, hidup miskin ada kalanya memberi kesenangan. Berkeruh = mendengkur.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaKaram di darat ada juga tinggal tungku lekar, karam di laut habis sekali.TakrifKalau susah dalam negeri sendiri, dapat juga diminta bantuan pada sanak saudara, tetapi kalau susah di rantau orang hilanglah akal bicara. lekar = penyangga (lapik) kuali diperbuat daripada rotan atau lidi.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
|
Tesaurus |
---|
| lapik | | Rujuk :alas |
|
Puisi |
---|
|
Kain buruk kain cukin, Taruh di meja lapik gelas; Sudah berpucuk warkah dikirim, Sudah dibaca mengapa tak dibalas?
Lihat selanjutnya... |
|