PeribahasaLantai dan dinding bertelinga belaka.TakrifMempercakapkan sesuatu rahsia hendaklah beringat-ingat. (Bandingkan dengan: a. Bercakap memandang-mandang, silap lidah jiwa hilang, b. Berkata siang melihat-lihat, berkata malam mendengar-dengar).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMencari lantai terjungkat (= terjungkit).TakrifMencari-cari kesalahan orang terutama orang kecil.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaDi bawah lantai nan tiris.TakrifSeseorang yang mendapat kehinaan, merasa dirinya rendah sekali. (Peribahasa lain yang sama makna: Di bawah lancung nan tiris).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaDatar bak lantai papan, licin bak dinding cermin.TakrifKeputusan yang sangat adil.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMusang terjun, lantai terjungkat (= terjungkit).TakrifTanda-tanda (bukti) tentang kejahatan yang telah diperbuat.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMenyepitkan lidah ke lantai.TakrifMenahan nafsu atau kehendak.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMenjungkit-jungkit bagai bilah lantai.TakrifOrang yang mengada-ada kerana kekayaan atau kebesaran yang baru diperolehnya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTiada tahu menari, dikatakan lantai jungkang-jungkit.TakrifDiri sendiri yang kurang pandai, orang lain yang disalahkan. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Buruk muka cermin dibelah, b. Tak tahu menganyam, pandan disalahkan).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMenengadah membilang layas, menungkup membilang lantai.TakrifFikirkan masak-masak, sebelum berbuat sesuatu. layas = bilah tempat meletakkan atap.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMenari yang tak pandai, dikatakan lantai nan terjungkit.TakrifTidak mahu mengaku akan kebodohan sendiri.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |