PeribahasaMembesarkan kerak nasi.TakrifMenambah-nambah yang tidak perlu; membuat pekerjaan yang membazir.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaAda kerak, ada nasi.TakrifTiap-tiap suatu kejadian itu tentu ada bekasnya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaLeka di kerak jarang, kuku habis perut tak kenyang, burung terbang dipipiskan lada.TakrifMembuat pekerjaan yang merugikan. leka = asyik, lalai.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaAir yang keruh-keruh kerak, alamat buaya di hulunya.TakrifDaripada perkataan dapat dimaklumi niat di dalam hati. keruh-keruh kerak = tiada jernih.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTidak bernasi di balik kerak.TakrifTidak ada yang ketinggalan (sudah selesai, sudah diperlihatkan dan sebagainya). (Bandingkan dengan: Ada nasi [= bernasi] di balik kerak).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaAda nasi (= bernasi) di balik kerak.TakrifMasih ada sesuatu yang belum diselesaikan atau belum diperhatikan. (Bandingkan dengan: Tidak bernasi di balik kerak).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBesar periuk besar kerak.TakrifBanyak penghasilan, banyak pula belanjanya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Besar kayu besar bahannya, b. Gedang kayu, gedang dahannya).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaNasi sama ditanak, kerak dimakan seorang.TakrifKerja sama-sama dilakukan, keuntungan diambil seorang diri.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSudah kenyang makan kerak.TakrifSudah banyak pengalaman.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSudah biasa makan kerak.TakrifSudah biasa mengalami kesukaran hidup.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Rujukan |
Peribahasa Inggeris |
Makna |
Peribahasa Melayu |
Contoh Bahasa Inggeris |
Contoh Bahasa Melayu |
Sumber |
570 | Don't teach your grandmother to suck eggs | Jangan cuba menasihati atau menunjuk ajar orang yang lebih berpengalaman daripada kita | Jangan diajar orang tua makan kerak | ''You don't have to tell me what I should do. I have been in this field for 20 years,and you just go there. Don't teach your grandmother to suck eggs. I know better than you do!'' the old actress protested. | ''Tak payahlah kau hendak mengajar apa yang patut aku buat. Aku dah 20 tahun dalam bidang ini, dan kau pula orang baru. Jangan diajar orang tua makan kerak. Aku lebih tahu daripada kau!'' bantah pelakon lama itu. | Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu |
|
Puisi |
---|
|
Telur murai di atas geta, Benang kerak disimpul pulih; Orang duduk bertindih riba, Jangan diharap katakan boleh.
Lihat selanjutnya... |
|