PeribahasaKemarau setahun rosak oleh hujan sepagi.TakrifKebaikan yang banyak hilang kerana kesalahan yang sedikit.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaHilang kemarau setahun oleh hujan sehari.TakrifKebaikan hilang kerana kejahatan sedikit.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMusim kemarau menghilirkan balok (= balak).TakrifMelakukan pekerjaan bukan pada waktunya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaKatak ditimpa kemarau.TakrifBerkeluh kesah dengan tidak keruan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSeperti kodok ditimpa kemarau.TakrifBerkeluh kesah tak tentu sebab. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Seperti kucing biang, b. Seperti kucing keguguran anak).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSalangkan (= sedangkan) bah kapar tak hanyut, inikan pula kemarau panjang.TakrifSedangkan waktu muda sudah malas, apatah lagi waktu tua; sedangkan waktu makmur tidak senang, apalagi waktu susah. salang = selang, sedang.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBelum tuarang panjang, buah sengkuang sebesar betis.TakrifKhabar angin yang dilebih-lebihkan. tuarang = musim kemarau.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSeperti kucing biang.TakrifBerkeluh kesah tak tentu sebab. (Peribahasa lain yang sama makna: Seperti kodok ditimpa kemarau). biang = induk atau gatal.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaPanas setahun dihapuskan oleh hujan sehari.TakrifKebaikan hilang kerana kejahatan yang sedikit. (Peribahasa lain yang sama makna: Hilang kemarau setahun oleh hujan sehari).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSeperti kucing keguguran anak.TakrifBerkeluh kesah tak tentu sebab. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Seperti kodok ditimpa kemarau, b. Seperti kucing biang).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Rujukan |
Peribahasa Inggeris |
Makna |
Peribahasa Melayu |
Contoh Bahasa Inggeris |
Contoh Bahasa Melayu |
Sumber |
417 | A good name is sooner lost than won | Nama yang baik memerlukan masa dan usaha untuk dibina tetapi seseorang itu boleh kehilangannya dengan sekelip mata akibat satu kesalahan yang dilakukan meskipun kecil. | Hilang kemarau setahun oleh hujan sehari. (Nota : Padanan seperti kurang tepat, PM ve to +ve) | You are a man of honour and have done a lot of good things for his association. But don't get involved in those dubious activities because one minor slip could crumble your good reputation. Remember, a good name is sooner lost than won. | Kamu orang yang terhormat dan telah banyak berjasa kepada persatuan ini. Tetapi janganlah membabitkan diri dalam kegiatan yang mencurigakan kerana satu kesilapan kecil boleh menghancurkan reputasi baik kamu. Ingat, hilang kemarau setahun oleh hujan sehari | Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu |
|
Puisi |
---|
|
Burung merah terbang ke laut, Sampai ke laut mengangkut sarang; Air bah kapal tak hanyut, Inikan pula kemarau panjang.
Lihat selanjutnya... |
|