PeribahasaTerbakar kampung kelihatan asap, terbakar hati siapa tahu.TakrifKesusahan yang tidak diketahui oleh orang lain.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBusuk, busuk embacang.TakrifKelihatan bodoh, sebenarnya pandai.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaOmbaknya kedengaran, pasirnya tidak kelihatan.TakrifKhabarnya telah kedengaran, tetapi buktinya belum ada.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBerteras keluar bagai pimping.TakrifKelihatan di luar bagus (kaya dan sebagainya), tetapi sebenarnya sangat melarat.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaDilihat si pulut, ditanak berderai.TakrifKelihatan seperti orang kaya, tetapi yang sebenarnya miskin.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSembunyi-sembunyi tuma; kepala tersorok ekor kelihatan.TakrifBerpura-pura tidak mahu tahu akan perkara-perkara yang benar-benar akan terjadi; mencuba menutup-nutup perbuatan jahat yang sudah diketahui orang. (Peribahasa lain yang sama makna: Sembunyi-sembunyi puyuh).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBesi lemah tak patah.TakrifPada lahirnya kelihatan lemah tetapi sebenarnya tidak dapat dipengaruhi atau dipermain-mainkan. (Peribahasa lain yang sama makna: Lemah liat kayu akar, dilentur boleh dipatah tak dapat).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSebagai sadur menimbulkan(kan) senam.TakrifTelah kelihatan keadaan yang sebenarnya, yang disembunyi-sembunyikan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBagai menambah gelang bini.TakrifPemberian yang tak kelihatan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaRoda yang berpaling, kuda sudah digerindin.TakrifLahirnya saja kelihatan senang tetapi yang sebenarnya sangat melarat.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
|
Puisi |
---|
|
Sayang keduduk kayu hutan, Hijau biru kelihatan; Mana duduk di pangku tuan, Lemah lesu rasa badan.
Lihat selanjutnya... |
|