PeribahasaWayang kepadaman damar.TakrifKeadaan kacau yang terjadi dengan tiba-tiba.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaButa kehilangan tongkat.TakrifMenghadapi keadaan yang sukar.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaDiiringkan menyepak, dikemudiankan menanduk.TakrifKeadaan yang serba salah, terutama dalam menghadapi orang bodoh; diajak berunding tak tentu fikirannya, tak diajak ia marah. (Bandingkan dengan: Di belakang ia menendang kita, bila di depan ia mengeting kita, jika di tengah ia berpusing ligat pula).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaLampu kekurangan minyak.TakrifDalam keadaan payah. (Bandingkan dengan: Bagai pelita kehabisan minyak).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaLalu hangus, surut layu.TakrifKeadaan yang serba salah, diperbuat salah tak diperbuat pun salah. (Bandingkan dengan: Bagai bertemu [= makan] buah si malakamo: dimakan mati bapa, tidak dimakan mati ibu). (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai memegang buah kepantangan beruk: ditelan mati emak, diludahkan mati bapa).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMandi dalam cupak.TakrifSesuatu keadaan yang menyebabkan serba salah. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai melompati pagar tiga hasta: akan dilompati rendah, akan dilangkahi tinggi).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSungguh berjanggut, tiada berjubah.TakrifKeadaan yang melebihi kenyataan yang sebenarnya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBergantung di hujung kuku.TakrifDalam keadaan yang sangat berbahaya. (Peribahasa lain yang sama makna: Bergantung [di] rambut sehelai).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBergantung (di) rambut sehelai.TakrifDalam keadaan yang sangat berbahaya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBagai sambau di pintu kandang.TakrifKeadaan yang tidak tetap (sakit atau hidup melarat). (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai sambau di tengah jalan).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |