PeribahasaTabuhan meminang anak labah-labah.TakrifMencari jodoh yang tidak sepadan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSeperti cincin dengan permata.TakrifCocok segala-galanya; jodoh yang sesuai benar. (Peribahasa lain yang sama makna: Setumbuk bagai gelang, sejodoh bagai cincin).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSetumbuk bagai gelang, sejodoh bagai cincin.TakrifCocok segala-galanya; jodoh yang sesuai benar. (Peribahasa lain yang sama makna: Seperti cincin dengan permata).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaGaram di laut, asam di gunung, bertemu dalam belanga juga.TakrifPerempuan dan lelaki, kalau sudah jodoh, bertemu juga akhirnya. (Peribahasa lain yang sama makna: Asam di darat ikan di laut, bertemu dalam belanga juga).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaAsam di darat ikan di laut, bertemu dalam belanga juga.TakrifPerempuan dan lelaki, kalau sudah jodoh, bertemu juga akhirnya. (Peribahasa lain yang sama makna: Garam di laut, asam di gunung, bertemu dalam belanga juga).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBagai kena sentung pelali.TakrifGadis yang tak mahu bersuami. sentung pelalai = semacam guna-guna yang menyebabkan perempuan tiada beroleh jodoh.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
|
Puisi |
---|
|
Pecah sudu pecah pingganku, Main gasing beramah-tamah; Bukan jodoh bukan lawanku, Macam anjing di bawah rumah.
Lihat selanjutnya... |
|